PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab 2015 (NCAL2015) kali pertama pada 18 dan 19 Ogos 2015. NCAL2015 menjemput calon ijazah lanjutan, ahli akademik, penyelidik, guru serta ahli profesional yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan disiplin Bahasa Arab untuk menghadiri dan membentang kertas kerja mengikut tema yang telah ditentukan. Maklumat lanjut berkenaan persidangan ini boleh diperolehi melalui laman sesawang www.ncal2015.weebly.com OBJEKTIF 1. Meningkatkan kepakaran dan pengetahuan bagi memperkasakan bahasa Arab dan seterusnya sebagai peneraju bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru. 2. Meneroka aspek teori dan amalan terkini pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab. 3. Meningkatkan penguasaan bahasa Arab bagi guru bahasa Arab dan Pendidikan Islam. 4. Menumpukan perhatian kepada aspek pengaplikasian bahasa Arab di peringkat kebangsaan dan global. 5. Mengambil peluang daripada pengalaman cendekiawan bahasa Arab di seluruh negara melalui kajian dan pengalaman bernilai mereka. 6. Menyokong perkembangan Pusat Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam TEMA Bahasa Arab Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Global SUB TEMA 1. Pedagogi dan andragogi bahasa Arab 2. Kreativiti dan Inovasi bahasa Arab 3. Sukatan dan modul bahasa Arab 4. Isu-isu pendidikan bahasa Arab 5. Latihan guru bahasa Arab 6. Linguistik bahasa Arab 7. Bahasa Arab komersil 8. Bahasa Arab sebagai media dalam Pendidikan Islam UCAPTAMA Ucaptama 1: Tajuk: تعليم اللغة العربية في ماليزيا عبر التاريخ (Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia Merentasi Sejarah) Prof. Madya Dr Abdul Rahman bin Chik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ucaptama 2: Tajuk: السيميائيات والتواصل بين القديم والحديث (Semiotik dan Komunikasi Dahulu dan Sekarang) Dr. Mahmoud Mohamed Ali, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ucaptama 3 Tajuk: التحديات التي تواجه اللغة العربية في مجال التعليم والتعلم (Cabaran Bahasa Arab Dalam Bidang Pengajaran dan Pembelajaran) Prof. Madya Dr Fouad Mahmoud Mohamad Rawash, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). |
TARIKH PENTING
1 Mac hingga 30 Jun 2015
Tarikh penyerahan abstrak kajian 15 Mei hingga 30 Jun 2015 Tarikh penyerahan kertas kerja lengkap 30 Jun 2015 Tarikh akhir membuat bayaran penyertaan. YURAN PENYERTAAN
RM 200
Pelajar Master/Phd RM280 Pembentang luar RM 100 Peserta Sekretariat
|