Tarikh akhir penerimaan abstrak pada 30 Jun 2015 (Selasa ). Abstrak dalam 200 patah perkataan, berbahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab menggunakan MSWord, Times New Roman, font 11, dan mengandungi, judul kertas, nama pembentang/penulis, nama institusi dan alamat, email, fax dan nombor telefon.
Pemohon akan dimaklumkan penerimaan abstrak dan mereka perlu menyiapkan kertas kerja penuh dan dihantar selewat-lewatnya pada 30 Jun 2015 (Selasa) untuk tujuan cetakan prosiding. Kertas kerja boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab menggunakan MSWord, Times New Roman, font 11, langkau dua dan menurut format berikut,
- Judul kertas
- Nama pembentang/penulis
- Nama Institusi
- Teks perbincangan sekitar 15-30 halaman
Peringatan:
1. Abstrak tersebut mesti mengandungi bahan penyelidikan asal, tidak disiarkan atau disampaikan di mana-mana kongres antarabangsa lain sebelum NCAL 2015. Ringkasan yang dihantar akan menjadi hak milik NCAL 2015. Jawatankuasa mempunyai hak untuk menerbitkan dan mengedar.
2 . Penyelidikan yang baik mestilah genuine serta mendokong teori-teori berkaitan
Hanya Kertas Kerja berserta bayaran pendaftaran yang diterima selewat-lewatnya 30 Jun 2015 akan dimasukkan ke dalam Buku Prosiding
Pembentang yang membuat penghantaran kertas kerja dan pembayaran selepas 30 Jun 2015, kertas kerja mereka tidak akan dimasukkan ke dalam prosiding tetapi nama dan judul akan tetap dimasukkan ke dalam buku aturcara.